KOTA BHARU - Kampung Bunut Sarang Burung, Mukim Wakaf Bahru, Tumpat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) buat kali kedua dipercayai akibat varian Delta yang berada dalam komuniti. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, jangkitan di kawasan tersebut menunjukkan trend penularan yang cepat menyebabkan keperluan kepada PKPD kali kedua dilaksanakan.