Orkid bernilai RM150,300 dirampas
A
A
SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sejumlah 2,636 pokok orkid bernilai RM150,300 dari Taiwan di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, pokok orkid berkenaan ditahan menerusi pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang. Hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguatkuasa Maqis mendapati pokok orkid seberat 516 kilogram itu tidak mematuhi syarat Import MAQIS iaitu tidak menyatakan nombor permit pada sijil fitosanitasi seperti yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan. Barang dagangan tersebut dipercayai dibawa masuk untuk dijual di pasaran Malaysia, katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, kesemua pokok orkid tersebut telah dirampas untuk tindakan lanjut.
330 ekor burung dari Afrika dilupus positif selesema burung
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Maqis Selangor rampas 150 kg benih belut
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Durian musang king dirampas di KLIA
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.