KUANTAN - Semua 18 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Pahang dibuka secara bersemuka pada 11 Oktober ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN). Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, tiada sebarang penggiliran pelajar di SMAN seperti dicadangkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).