KUCHING - Seramai 65,252 remaja di Sarawak telah menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Rabu, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Katanya, daripada jumlah itu seramai 61,271 adalah daripada remaja berusia 16 dan 17 tahun manakala 3,981 adalah remaja berusia antara 12 dan 15 tahun yang komorbid.