Karya kembara sastera
A
KEMBARA ialah satu perjalanan atau mengembara pergi ke mana-mana.
Bertualang dan menjelajah juga tergolong dalam pengertian kembara manakala sastera adalah manifestasi artistik yang terasas dalam penggunaan kata pada bahasa tulisan atau lisan.
Justeru, cantuman dua perkataan itu dengan sendirinya terbentuk istilah “kembara sastera” yang pada perspektif umum membawa makna suatu bentuk penulisan kreatif yang terhasil daripada pengalaman nyata pengarang yang menjejaki, melihat, merenungi dan menghayati sesuatu destinasi.
Namun begitu, rumusan ringkas ini turut menimbulkan persoalan hiliran iaitu terdapatkah perbezaan antara bentuk penulisan sastera kembara dengan penulisan laporan pengembaraan?
Bagi menghalusi aspek itu Kamus Dewan menyatakan bahawa kembara ialah pergi ke mana-mana dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang ditujui, disebut juga bertualang, menjelajah dan mengembara.