KLANG - [DIKEMAS KINI] Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang memutuskan untuk memulangkan semula 80 unit mesin 'Oxygen Concentrato' yang dipinjamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0. HTAR dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Jumaat memaklumkan, pemulangan peralatan itu dilakukan berikutan jumlah pesakit Covid-19 di hospital itu semakin menurun.
KOTA BHARU - Kerajaan akan memastikan masalah caj tinggi terhadap proses tayammum jenazah Covid-19 yang didakwa dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan akan segera dihentikan. Timbalan Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK) dengan mengadakan rundingan secara berterusan.