Tiga ditahan cuba pecah masuk kilang, cederakan pemilik premis
A
A
SUNGAI PETANI- Tiga lelaki ditangkap kerana mencederakan seorang pemilik kilang ketika cuba memecah masuk premis tersebut dalam kejadian di Bakar Arang, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia antara 29 dan 38 tahun itu ditahan pada Sabtu di sekitar Sungai Petani susulan pemilik kilang berkenaan membuat laporan polis. Kesemua suspek adalah penganggur, disyaki cuba memecah masuk kilang yang dijadikan stor barangan kitar semula dekat Kawasan Perusahan Ringan Bakar Arang yang berada di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Suspek disyaki menceroboh dengan cuba memecahkan pintu (premis) sekitar jam 5.30 pagi Khamis. Pemilik kilang yang menerima penggera melalui telefon bimbit terus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan ke lokasi. Kemudian berlaku pergelutan antara suspek dan pemilik kilang.
Tiga beranak tular bermalam dalam kereta terharu terima bantuan
A
A
SUNGAI PETANI - Tiga beranak yang tular kerana terpaksa bermalam dalam kereta sebelum ini lega selepas banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.
Muhammad Shazwan Ismail, 29, dan isteri, Khairul Amiratissyahirah Hashim, 25, serta bayi perempuan, Nur Iman Safiyya, 15 bulan terpaksa bermalam dalam kereta berikutan tidak mampu menyewa rumah.
Menurut Muhammad Shazwan, tindakan keluar dari rumah keluarga di kampung dekat Padang Serai, Kedah diambil berikutan berdepan masalah keluarga sejak 5 Julai lalu. Sejak itu kami terpaksa bermalam dalam kereta di sebuah stesen minyak dekat Bandar Laguna Merbok sehingga dibantu orang ramai, katanya selepas menerima sumbangan barangan keperluan harian dan peralatan elektrik bernilai RM1,000 daripada Econsave Cash & Carry Bandar Puteri Jaya (BPJ) di Taman Ria, Sungai Petani pada Selasa.
Tiga premis perniagaan dikompaun RM10,000 ingkar PKP sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.