Menteri langgar SOP rosakkan kredibiliti PKP: Khairy sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
MAFI Prihatin bantu golongan terkesan Covid-19
A
A
JOHOR BAHRU - MAFI Prihatin yang merupakan program inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi manfaat kepada orang ramai terutama pemberian bantuan berupa pelbagai jenis komoditi hasilan pertanian dan industri makanan kepada golongan yang terkesan dengan Covid-19 termasuk petugas barisan hadapan.
Melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sahaja, ia telah memberi manfaat kepada 22,774 orang yang terdiri daripada barisan hadapan, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di 89 lokasi di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setakat ini sebanyak 38.61 tan metrik hasil pertanian dan produk industri makanan telah disalurkan.
Apa nasib rakyat Malaysia?
A
PADA penghujung Mei lalu, Every Breath Count Coalition, Path dan Clinton Health Access Initiative (CHAI) menyenaraikan Malaysia antara 19 negara berisiko kelumpuhan sistem kesihatan sepenuhnya.
Data itu selari dengan kenyataan Panglima Perang Covid-19 Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang beberapa kali sebelum ini mengulangi kemungkinan berdepan situasi sama.
Apa yang ditakuti akhirnya terjadi kini. Kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) dan wad Covid-19 di hospital di Lembah Klang telah melepasi had maksimum.
Dikhabarkan Hospital Sungai Buloh yang diisytiharkan salah sebuah hospital Covid-19, sudah tidak dapat menerima kemasukan pesakit.
Bahkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) yang terletak di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) juga mengalami kesesakan teruk.
Mahasiswa Marhaen desak kerajaan penuhi lima tuntutan sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
177 atlet, bekas atlet Kelantan terima bakul makanan
A
A
KOTA BHARU - Seramai 177 orang atlet dan bekas atlet yang terdiri dari kumpulan B40 menerima sumbangan Bakul Makanan daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan pada Khamis.
Pengarah MSN Kelantan, Muhammed Imran Mansoor berkata, pemberian sumbangan berupa makanan asas itu bagi membantu meringankan beban mereka menghadapi Sekatan Pergerakan Penuh ketika ini dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Bila terlaksananya sekatan ini, mereka tidak boleh keluar bekerja dan sebagainya. Maka inilah salah satu inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan bagi membantu meringankan beban mereka sekeluarga, sekurang-kurangnya boleh menjadi bekalan makanan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).