‘Cuma niat nak tolong sahaja’
Berdasarkan perkongsian tersebut, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur dan terharu di atas anugerah yang diterimanaya itu. Meskipun begitu, dengan rendah diri beliau memaklumkan dirinya hanya melakukan sedikit sedikit usaha sahaja berbanding orang lain.
Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia. Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja.
Jelas beliau lagi, semasa di sana mereka turut membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan di Palestin pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, demi kebaikan generasi muda di sana, beliau turut bersetuju untuk bekerjasama dengan kementerian luar projek-cultural Exhibition of Heroism and Sacrifices.