Харьковские машиностроители освоили ремонт электродвигателей energyland.info - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from energyland.info Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Wakil rakyat bukan pegawai kebajikan
A
A
SHAH ALAM - Mentaliti yang menganggap ahli Parlimen atau wakil rakyat sebagai tempat untuk mengadu mengenai perkara berkaitan kebajikan perlu diubah daripada pemikiran masyarakat Malaysia sekiranya mahu membebaskan politik negara daripada amalan rasuah dan politik wang.
Pengasas dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE)-Cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, sikap sedemikian menyebabkan ahli Parlimen perlu mendapatkan pembiayaan kewangan yang tinggi untuk aktiviti politik mereka. Akhbar
Menurut beliau, pemikiran tersebut tidak sepatunya diamalkan kerana tugas utama wakil rakyat adalah untuk menggubal undang-undang di peringkat Parlimen.
“Pemikiran rakyat yang memperlakukan ahli politik seperti pegawai kebajikan mendorong atau menyebabkan mereka perlu mengumpulkan duit. Ada seorang menteri yang memberitahu saya, dia perlu membelanjakan sebanyak RM100,000 di kawasannya setiap bulan.