NIBONG TEBAL - Tiga wanita warga asing yang berselindung di sebalik premis salon rambut dengan menawarkan perkhidmatan seks di Jalan Nibong Tebal di sini diserbu oleh sepasukan.
Dua kilang kena kompaun RM10,000
A
A
BENTONG - Dua buah kilang masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pemeriksaan Op Patuh, pada Jumaat.
Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi itu, pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas tiga buah kilang di daerah tersebut.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemantauan, sebanyak dua kilang gagal mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu jumlah pekerja yang bekerja melebihi 60 peratus.
Menurutnya, kedua-dua syarikat tersebut dikompaun di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 4) 2021 iaitu boleh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000. Bagi pemeriksaan individu yang bekerja di kilang terlibat, seramai sembilan pekerja tempatan dikenakan kompaun RM1,500 seorang kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera.
Dua wanita, enam lelaki dipanggil kes minum arak di PKRC hmetro.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from hmetro.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.