Barangan kosmetik seludup bernilai RM4,076 dirampas
A
A
RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai RM4,076 dalam satu serbuan semasa membuat rondaan di Pengkalan Haram Bilal Dollah, di sini pada Rabu.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam rondaan jam 10.30 malam itu, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki dipercayai sedang memunggah kotak dari perahu ke tebing sungai pengkalan itu. Apabila menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri dengan mengunakan perahu ke tebing Sungai Golok Thailand. Antara barangan yang ditemui semasa serbuan tersebut dilakukan. Kami menemui pelbagai jenis barangan kosmetik yang dipaketkan, dibotolkan dan dikotakkan mengikut saiz dan jenama dalam kotak terbabit.
PGA rampas cecair vape bernilai RM399,000
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Lari tinggalkan paket ganja
A
A
RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas sebuah kotak mengandungi ganja seberat lima kilogram (kg) yang ditinggalkan oleh seorang lelaki di pangkalan haram Pos Man, di sini pada Jumaat.
Dalam serbuan jam 8 malam itu, lelaki berkenaan terjun ke dalam Sungai Golok dan berenang ke Thailand bagi mengelak dicekup anggota PGA.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan dadah itu dilakukan hasil rondaan rutin yang dijalankan oleh pihaknya di kawasan pangkalan haram. Semasa melakukan rondaan, kita telah melihat seorang lelaki sedang memegang kotak dalam keadaan mencurigakan dekat sebuah pondok berhampiran pangkalan haram itu, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
PGA rampas kosmetik, ubat seludup
A
A
RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas barangan kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM28,731 yang cuba diseludup masuk ke negara ini menggunakan pangkalan haram Poksu Roni, di sini, pada Khamis.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat rampasan barangan kosmetik dan ubat-ubatan dari negara jiran itu pada jam 12.10 tengah malam selepas ternampak sekumpulan lelaki sedang memunggah barangan seludup itu ketika membuat rondaan kaki di lokasi berkenaan. Menyedari kegiatan haram itu berjaya dihidu oleh anggota pasukan keselamatan, kumpulan lelaki berkenaan terus meninggalkan barangan tersebut di lokasi dan terus menyeberang Sungai Golok menghala ke Thailand menggunakan perahu, katanya kepada pemberita pada Khamis.