PUTRAJAYA - Penjawat awam digesa segera bangkit dan bersatu hati untuk terus berjuang dalam peperangan menentang Covid-19. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, perubahan yang berlaku kini menuntut penjawat awam mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.