BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) giat melaksanakan persiapan untuk menerima kemasukan pelajar sesi akademik 2021/2022 yang bakal bermula pada 15 Oktober ini. Pembukaan semula itu selaras dengan kenyataan rasmi yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad bagi kemasukan pelajar ke kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) secara berperingkat.