KUALA LUMPUR - Seniwati veteran, Siti Aminah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mimi Loma meninggal dunia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, di sini pada 2.20 pagi tadi. Perkara itu disahkan anak saudaranya Rozita Rohaizad, 64, yang memaklumkan artis yang menempa populariti pada era 1960-an itu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur selepas beberapa hari dalam keadaan lemah dan kurang selera makan akibat mengalami cirit birit sejak Selasa lepas.