26 ekor lembu korban ditumbangkan di Besut
July 24, 2021
SRIHAYANIS ABASRI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 ekor lembu selamat dikorbankan dalam Program Korban Besut 2021 anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut dengan kerjasama kompleks pendidikan Tahfiz An-Nur Besut.
Program ini juga mendapat kerjasama daripada jaringan sivil masyarakat di Besut seperti relawan Penyelaras Parlimen Besut, Ameerah Care, Usrah Care, KOPU Care (Pertubuhan Komuniti Kota Putera Besut), HB Care (Hulu Besut) dan lain-lain pihak pada 20 hingga 22 Julai sempena perayaan Aidiladha, tahun ini.
Advertisement
Penyelarasnya, Dr Riduan Mohd Nor berkata, hampir 1,000 penduduk daerah Besut dapat menikmati manfaat daripada program ini terutama bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Majlis korban diadakan setiap tahun bertujuan membantu fakir miskin, mengeratkan ukhwah masyarakat di daerah Besut, membantu madrasah dan sekolah agama kerana daging korban turut diagihkan kepada madrasah, sekolah agama d