Yadim bersedia bantu urus PPV dengan 10,000 sukarelawan
A
A
KOTA BHARU - Seramai 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan membantu menguruskan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan dan bantuan kebajikan sekiranya diperlukan dalam usaha mengawal penularan Covid-19.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood berkata, sukarelawan Yadim membabitkan golongan profesional, penjawat awam dan badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa bersedia membantu kerajaan membabitkan musibah seperti banjir atau kerjasama lain. Bagaimanapun yayasan ini belum menerima permohonan daripada mana-mana agensi untuk berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau hadir Program Pelancaran Sanitasi dan Musaadah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Yadim Kelantan di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung di sini.