MERSING - Masyarakat orang asli di daerah ini telah bersedia untuk menghadapi fasa endemik tetapi mahu pemberian maklumat secara berkala diteruskan oleh kerajaan termasuk menerusi platform dalam talian. Enggan ketinggalan dalam menerima maklumat, Tok Batin Kampung Punan, Acai Kadir berkata, kerajaan perlu sentiasa memastikan orang asli diberi maklumat apatah lagi dalam menghadapi fasa endemik ini.