MITEC jadi pusat vaksinasi perindustrian program PIKAS
A
A
KUALA LUMPUR - Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) telah dilantik sebagai satu daripada pusat vaksinasi perindustrian yang ditetapkan (PPVIN) di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster Covid-19.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Mala Dorasamy berkata, pusat PIKAS di MITEC adalah khusus kepada syarikat daripada sektor pembuatan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Pelancaran pusat vaksinasi perindustrian itu adalah penting dengan keperluan mendesak untuk mempercepat kemajuan vaksinasi bagi memerangi pandemik Covid-19 di negara ini.