Perak perlu cukup vaksin laksana vaksinari tanpa janji temu
A
TANJUNG MALIM - Perak memerlukan bekalan vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk melaksanakan vaksinari tanpa janji temu.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri bersedia melaksanakan inisiatif tersebut dengan kekuatan petugas sedia ada.
Menurutnya, sehubungan itu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diharap mampu memberikan bekalan seperti yang diminta kerajaan negeri. Sebenarnya kita ada pasukan yang mencukupi. Saya melihat bagaimana situasi di dewan orang ramai yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Tapah dan outreach dari rumah di Lenggong. Jika vaksin mencukupi, kita juga boleh buat seperti di Selangor supaya dapat memberi vaksin kepada lebih ramai rakyat negeri ini dengan secepat mungkin, katanya kepada pemberita selepas melawat Program Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (Trailer Mobile Outreach) Daerah Batang Padang di Dewan Semai Bakti Felda Besout 1, Sungkai, di sini pa