comparemela.com

Latest Breaking News On - Professor grandfather tamba crisp ara - Page 1 : comparemela.com

Rasuah: Fahami nilai agama dalam diri

Rasuah: Fahami nilai agama dalam diri A SHAH ALAM - Usaha menentang rasuah dalam negara melibatkan pemahaman nilai agama Islam dalam diri individu. Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, agama Islam mengajar umatnya menentang kemungkaran dan menghalang kezaliman ke atas orang lain. “ALLAH SWT berpesan mereka yang melihat kemungkaran perlu mengubah dengan tangan jika tidak mampu lakukan dengan lidahnya. “Disebut dalam al-Quran bahawa ALLAH SWT melaknat perbuatan rasuah, jadi tidak boleh ada seorang pun umat Islam yang merelakan perbuatan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Siri Wacana Dasar IMPUMA bertajuk ‘Agama dan Rasuah’ anjuran Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya, menerusi aplikasi zoom pada Isnin.

Sistem politik telus, terbuka mampu kawal rasuah

Sistem politik telus, terbuka mampu kawal rasuah A SHAH ALAM - Sistem politik sesebuah negara yang bersifat telus dan terbuka mampu mengawal isu rasuah daripada terus menjadi parah. Profesor Sains Politik Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN) Politeknik STIA LAN Jakarta, Profesor Dr Nurliah Nurdin berkata, pemimpin politik itu sendiri perlu mempunyai sifat telus dan akauntabiliti dalam menangani urusan tertentu. “Sifat telus ini boleh mengurangkan rasuah kerana jika ada data yang disembunyikan, masyarakat sukar mengetahui wujudnya rasuah,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Siri Wacana Dasar IMPUMA bertajuk ‘Agama dan Rasuah’ anjuran Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya menerusi aplikasi zoom pada Isnin.

Pendirian agama, kepercayaan dalaman individu penentu

Pendirian agama, kepercayaan dalaman individu penentu A A SHAH ALAM – Pendirian agama dan kepercayaan dalaman seseorang individu adalah penentu seseorang itu sama ada terjebak dalam amalan rasuah atau tidak. Pengasas dan Pengerusi Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), Dr KJ John berkata, penglibatan dalam rasuah termasuk menentang perlakuan itu terletak pada pilihan sendiri berdasarkan kepercayaan yang dibentuk secara dalaman termasuk aspek agama yang diterapkan menerusi institusi kekeluargaan. “Contohnya, nilai kekeluargaan saya dalam agama Kristian dibentuk dari kecil. Saya diajar tindak tanduk yang betul dan salah. Namun ia hanya sebagai garis panduan kerana akhirnya kita sendiri yang memilih sama ada mahu mengamalkan rasuah atau tidak.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.