Published on: Tuesday, July 20, 2021
By: Bernama
Text Size:
LABUAN: Sebanyak 180 banduan di Penjara Labuan mula mendapatkan suntikan vaksin dos pertama Ahad lepas, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari
(gambar).
“Langkah pemberian vaksin ini sebagai usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan, petugas dan tahanan,” katanya kepada Bernama pada Isnin.
Beliau berkata kluster Tembok Labuan membabitkan petugas penjara dan banduan adalah sebanyak 194 kes sehingga Isnin.
ADVERTISEMENT
“Masih ada sebilangan kecil banduan yang belum mendapatkan suntikan hari ini (Isnin) kerana menunjukkan gejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan,” katanya.
Dr Ismuni berkata kesemua banduan berpeluang untuk menerima suntikan vaksin kerana vaksin sudah disediakan buat mereka yang mahu mendapatkannya.
Labuan
Malaysia
Directors-center-labuan
Order-control-movement
Directors-department-health-labuan-munjal
Labuan-start
Prison-labuan-start
Wall-labuan
Order-control-movement-bolted
ளாபுன்
மலேசியா