Foto: Daily Mail
Hampir puluhan peserta Tour De France mengalami kecederaan gara-gara sekeping kadbod yang dipegang oleh seorang penonton wanita ketika menyokong acara kayuhan tersebut.
Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu itu telah meraih pelbagai respon daripada netizen selepas mereka melihat video tersebut.
Polis buru penonton wanita
Foto: Daily Mail
Menerusi laporan Daily Mail, pihak polis Perancis kini sedang memburu seorang penonton wanita yang didakwa telah menyebabkan kecederaan kepada 21 penunggang dalam kemalangan yang paling buruk pernah dicatatkan dalam acara tersebut.
Difahamkan, wanita tersebut dipercayai memegang dan menghayungkan kadbod yang tertera mesej dalam tulisan Perancis serta Jerman yang ditujukan kepada datuk dan neneknya semasa pusingan pertama kayuhan itu berlangsung. Wanita tersebut juga didakwa sengaja mahu menunjukkan wajahnya di kaca televisyen semasa siaran langsung acara tersebut. Jika sabit kesalahan, wanita ini boleh dikenakan huku