Felda gembirakan peneroka
A
A
KELIHATAN Puan Kasminah meluru ke arah saya dengan senyuman yang kali ini tampak berbeza berbanding sebelumnya.
Beliau ialah balu kepada seorang peneroka Felda. 30 minit sebelum itu di dalam satu majlis perjumpaan saya dengan peneroka-peneroka Wilayah Mempaga, Puan Kasminah telah bertanya kepada saya perihal status akaun hutang pembinaan rumah arwah suaminya.
Ketika mengajukan soalan tersebut, dengan raut wajahnya yang serius, Puan Kasminah turut maklumkan bahawa beliau telah beberapa kali mengemukakan pertanyaan yang sama kepada pihak Felda namun jawapannya agak mendukacitakan.
Dengan suara yang sayu, beliau mengatakan bahawa dirinya tidak akan dapat memejamkan matanya tatkala ajalnya tiba, sekiranya hutang suaminya tidak dapat dilangsaikan olehnya.