comparemela.com

Latest Breaking News On - Pns tukar akronim dan logo - Page 1 : comparemela.com

PNS tukar akronim dan logo, elak kekeliruan

PNS tukar akronim dan logo, elak kekeliruan A Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bakal melaksanakan penjenamaan semula yang melibatkan pertukaran akronim dan logo PNS melalui pelancaran jenama baharu pada 21 Jun ini. Penjenamaan semula ini bertujuan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri francais sekali gus untuk kekal relevan dalam industri. Walau bagaimanapun, nama rasmi iaitu Perbadanan Nasional Berhad masih dikekalkan. Ini juga salah satu strategi untuk memberi gambaran lebih jelas kepada masyarakat mengenai peranan PNS dalam industri francais negara dan keusahawanan seterusnya menangani isu kekeliruan jenama PNS dengan organisasi-organisasi kerajaan yang lain. Seiring dengan penjenamaan semula yang bakal dilancarkan, PNS akan terus merancakkan industri francais yang merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan ekonomi negara.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.