Masalah liputan Kampung Relai selesai tahun depan
A
KUANTAN - Masalah rangkaian telekomunikasi di Kampung Relai, Lipis akan diselesaikan selepas proses menaik taraf menara telekomunikasi menggunakan teknologi gentian siap sepenuhnya tahun hadapan.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kerja menaik taraf menggunakan teknologi gentian optik itu dilakukan bagi menggantikan teknologi sedia ada yang menggunakan Very Small Aperture Terminal (VSAT) yang hanya mampu menawarkan perkhidmatan 2G dan 3G.
Menurutnya, kerja menaik taraf itu dilakukan bagi membolehkan menara tersebut menyediakan capaian perkhidmatan internet jalur lebar 4G kepada penduduk di perkampungan tersebut. Kerja-kerja awal naik taraf iaitu tinjauan teknikal tapak (technical site survey) telah pun bermula sejak awal Julai lalu.
Dipercayai Mabuk, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Anggota Polis Ketika SJR ohbulan.com - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from ohbulan.com Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.