Political genius atau Pak Pandir moden
A
DALAM mesyuaratnya pada malam 7 Julai 2021, Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan PN serta merta. MKT menyatakan bahawa segala panduan utama yang digariskan UMNO sebagai syarat meneruskan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.
MKT menyenaraikan tujuh perkara di mana kerajaan PN gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Seterusnya MKT memutuskan:
“UMNO mendesak agar Tan Sri Muhyiddin Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad. Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.