Mingguan Wanita
July 22, 2021
Sememangnya rakyat Malaysia sungguh prihatin dan ramai yang berbesar hati menghulurkan bantuan secara percuma kepada mereka yang terkesan. Begitu juga dengan NR Therapy Center (NRTC) merupakan pusat terapi komplimentari yang menfokuskan pada rawatan fizikal, terapi emosi dan jiwa serta bimbingan kaunseling.
Bantuan Barangan Keperluan, Barangan Kesihatan, Terapi & Kaunseling Secara PercumaÂ
Melalui kerjasama Muafakat Komuniti BSP, NRTC menyokong aspirasi kebersamaan melalui pelaksanaan program sokongan strategik iaitu
Food Bank dan Bantuan Kesihatan, Terapi & Kaunseling, berteraskan nilai prihatin dan saling membantu di kalangan masyarakat, tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan politik.
Sejak bermula inisiatif ini pada 1 Jun 2021, kedua program ini telah memberi manfaat kepada ratusan penduduk setempat khususnya dalam aspek sokongan kesihatan mental dan emosi.