PROSPEK industri penerbangan dilihat lebih positif susulan pembukaan semula Langkawi kepada pelancong yang telah lengkap divaksin, dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka menerima manfaat langsung daripada gelembung perjalanan domestik, menurut CGS-CIMB Securities. “Pemulihan bagi kapasiti pesawat dan perjalanan udara ke Langkawi adalah baik kepada MAHB disebabkan pertambahan trafik orang ramai dan tambang rendah bagi perjalanan udara, di samping promosi hotel yang sedang dijalankan di Langkawi. “Syarikat penerbangan seperti AirAsia Group Bhd akan turut mendapat manfaat ini walaupun pada fasa permulaan, ia mungkin perlu berdepan persaingan yang tinggi, tambang rendah, muatan yang tidak sekata bagi penerbangan keluar dan masuk, dan kedatangan penumpang yang menggunakan kredit daripada penerbangan mereka yang dibatalkan sebelum ini,” menurut firma broker itu dalam nota pada Jumaat.
Pesawat Rimbun Air PK OTW itu hilang kontak dalam penerbangan dari Bandara Nabire menuju Sugapa, Kabupaten Intan Jaya pada Rabu (15/9) pagi sekitar pukul 07.37 WIT. Pesawat itu dilaporkan membawa bahan bangunan.