PEMAIN ranking kesembilan dunia, Roger Federer mengesahkan dia masih belum pasti dapat beraksi pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (US Open) mulai 30 Ogos hingga 12 September depan. Menurut Federer, dia membuat pengesahan itu setelah menjalani dua pembedahan lutut yang menyaksikannya sudah tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak lebih setahun lalu. Malah Federer berkata, dia hanya sempat beraksi dalam 13 perlawanan setakat ini.