Masa yang tepat kembalikan inisiatif bantu rakyat, perniagaan
A
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan semula inisiatif membantu rakyat dan perniagaan yang pernah diperkenalkan sebelum ini susulan hadirnya Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah berhenti daripada membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikirkan penyelesaian bersama.
“Dengan hadirnya PPN, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini (seperti sebelum ini) bagi membantu rakyat dan perniagaan,” katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau pada Ahad.
Beliau berkata, perbincangannya dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia telah diadakan minggu ini.
KUALA LUMPUR - Tahap jangkitan dalam masyarakat, kapasiti sistem penjagaan kesihatan awam dan kadar vaksinasi sewajarnya menjadi prinsip panduan atau penentu sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu strategi peralihan keluar krisis pandemik Covid-19 yang merangkumi empat fasa, menurut beberapa pakar ekonomi.
Tiga perkara kritikal perlu diurus segera
A
A
SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa kerajaan menambah bantuan tunai atau sara hidup kepada rakyat yang terkesan ekoran pelanjutan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Beliau berkata, ia menjadi antara tiga perkara kritikal yang perlu dilaksanakan segera kerajaan kerana ramai rakyat yang sedang tertekan ketika ini dan mereka perlu diberi perhatian. Kedua, uruskan negeri dan kawasan yang mempunyai kes Covid-19 yang rendah dengan cara berbeza. PKP seluruh negara hanyalah jalan keluar yang culas, pukul rata dan menghukum semua pihak secara tidak adil, katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
AWANG sebetulnya cuba nak fahamkan apakah maksud 'nak diperincikan lagi'. Awang merujuk pada kenyataan Menteri Kewangan tentang bantuan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Rakyat dan ahli perniagaan sedang nazak. Apa lagi yang ditunggu?
Pelan Pemulihan Negara harapan baharu keluar daripada pandemik: PM
PUTRAJAYA -
[DIKEMAS KINI] Pelan Pemulihan Negara akan menjadi harapan baharu untuk negara keluar daripada pandemik Covid-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada Selasa, Muhyiddin mengumumkan yakin hasrat Malaysia untuk keluar daripada krisis pandemik Covid-19 ketika ini semakin cerah .
Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan pada penerimaan bekalan vaksin yang lebih banyak dan pelaksanaan proses vaksinasi yang semakin rancak ketika ini. Kita telah dapat melihat sinar yang lebih terang di hujung terowong. Pada permulaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kadar vaksinasi adalah sekitar 5,000 hingga 8,000 dos sehari. Ia telah meningkat ke 50,000 hingga 80,000 sekitar bulan Mei. Malah semalam (Isnin), kadar vaksinasi telah mencecah 197,963 dos dan saya yakin usaha ini akan terus dipertingkatkan hingga lebih 300,000 dos sehari dalam bulan-bulan mendatang, katanya.