YAN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Kedah menyalurkan bantuan kepada keluarga pelajar sekolah berkenaan yang terlibat dengan tragedi kepala air, Gunung Jerai pada minggu lalu. Yang Dipertua PIBG, Abd Ghani Abidin berkata, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian terbabit, pihaknya telah melancarkan derma prihatin untuk membantu Nur Syifa' Ahmad Fisal, 14 dan keluarganya.