Pelacur asing dicekup bersama alat mainan seks
A
A
KUALA LUMPUR - Polis merampas alat mainan seks susulan tertangkapnya sembilan wanita asing yang disyaki menawarkan kegiatan pelacuran di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan berasingan itu dijalankan menerusi operasi bermula jam 2 petang.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap semua wanita berusia lingkungan 21 hingga 38 tahun itu terdiri daripada dua warga Uzbekistan, Filipina (2), Belarus (2), Rusia (1), Iran (1) dan Ukraine (1). Hasil pemeriksaan di dalam bilik kondominium itu telah menemui 26 keping kondom, lima botol minyak pelincir, 13 telefon bimbit, tujuh kad akses dan sejumlah wang tunai ringgit dan asing bernilai lebih RM31,000.