comparemela.com

Latest Breaking News On - Patient positive run from hospitals article - Page 1 : comparemela.com

15 Jemaah Masjid Kluster Mahsuri Jitra Meninggal Dunia Dalam Masa 2 Minggu

15 Jemaah Masjid Kluster Mahsuri Jitra Meninggal Dunia Dalam Masa 2 Minggu Saban hari berlakunya peningkatan kes positif Covid-19 dan pertambahan kes kematian yang dilaporkan mencecah 63 sehari pada 13 Jun 2021. Di Jitra, Kedah seramai 15 jemaah masjid dilaporkan telah sah meninggal dunia akibat Covid-19 ekoran daripada kluster Taman Mahsuri yang merebak pada bulan Mei lalu. Sumber foto: BH Online Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata kematian tersebut dipercayai berlaku sejak dua minggu lepas susulan jangkitan yang berlaku dalam kalangan jemaah masjid. Ya, hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.