RANTAU PANJANG - Sebanyak 70 biji pil yaba yang disorok dan empat botol air ketum ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam satu serbuan di sebuah rumah Kampung Gual Sitok, di sini. Dalam serbuan jam 1 pagi pada Khamis itu turut menahan dua lelaki berusia 28 dan 16 tahun yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superitendan Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan telah menjumpai empat botol air ketum dalam anggaran 5.75 liter di atas lantai bahagian dapur dalam rumah tersebut.
TAPAH - Khidmat Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq ditugaskan membantu polis membuat kawalan termasuk di laluan tikus di 23 lokaliti perkampungan orang asli yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Daerah Batang Padang, di sini. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, walaupun tiada laluan tikus yang dikesan di kawasan terlibat, kawalan ketat tetap dilakukan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai jenis haiwan eksotik bernilai RM67,600 yang diseludup masuk secara tidak sah ke negara ini di pangkalan haram Bilal Dollah di sini pada Jumaat. Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan itu melibatkan 206 ekor katak yang bernilai RM20,600, 50 labi-labi (RM15,000), 24 anak ular (RM12,000), tiga ekor burung kakak tua (RM15,000) dan seekor iguana RM5,000.