KUALA TERENGGANU - Polis menahan 17 individu termasuk dua remaja bawah umur ketika menyertai parti liar di sebuah homestay di Kuala Nerus pada awal pagi Ahad. Ketua Jabatan siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Tium Ming Kung berkata, 13 lelaki dan empat perempuan berusia antara 16 tahun hingga ke 25 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada 12.15 pagi. Beliau berkata, semasa serbuan kesemua individu itu berada dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.
KUALA LUMPUR - Seramai 18 individu warga tempatan serta warga asing ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, Kepong di sini pada awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komissioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul kira-kira jam 1 pagi.
Parti liar jadi sarang dadah
A
A
KUCHING - Trend aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah Kuching dan Padawan telah bertukar kepada penganjuran parti-parti liar sejak Perintah Kawalan Pergerakan ketiga (PKP 3.0) dilaksanakan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ekoran larangan ke atas pusat-pusat hiburan daripada beroperasi sepanjang tempoh PKP itu, parti-parti liar ini diadakan secara tertutup di kediaman tertentu dalam cubaan penganjurnya mengelak aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, sepanjang operasi khas Op Parti Liar, Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak berjaya menghidu kegiatan itu dan menahan seramai 41 orang melibatkan 27 lelaki dan 14 perempuan yang berumur antara 18 dan 42 tahun,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.