comparemela.com

Latest Breaking News On - Part health services paramilitary - Page 1 : comparemela.com

Darurat dan pandemik Covid-19

Darurat dan pandemik Covid-19 A A LEBIH setahun kita berperang dengan pandemik Covid-19. Dari hari pertama virus tersebut dijejak di Malaysia pada bulan Disember 2019 sehingga hari ini, pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. Namun sehingga 10 Januari lalu, sebanyak 639,562 kes jangkitan telah dikesan dan 3,684 kematian telah direkodkan. Perkhidmatan kesihatan Malaysia kini berada di tahap maksima dan julung-julung kalinya Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah diatur gerak bagi membantu Kementerian Kesihatan untuk menangani Covid-19. Darurat telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 11 Januari lalu atas nasihat kabinet bagi melancarkan gerak kerja kerajaan untuk melawan Covid-19. Darurat bukanlah perkara mudah untuk diputuskan oleh YDPA, namun dalam keadaan peperangan luar biasa, tindakan luar biasa perlu dilakukan oleh semua pihak terutama pemerintah negara

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.