PORT DICKSON - Seorang juruwang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Port Dickson selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Taman Sutera Lama pada pagi Ahad. Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 9.50 pagi daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.