KUALA LUMPUR - Dua wanita yang juga rakan sekerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan pecah amanah dengan menulis nama penerima cek yang tidak bekerja atau berurusan dengan sebuah syarikat bermula Januari lalu. Norzaeti Fahima Zakaria, 35, dan Hawah Hakam, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.