comparemela.com

Latest Breaking News On - Order control movement no - Page 1 : comparemela.com

Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu

Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu A A SUBANG JAYA - Tiga individu termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) ternampak sebuah kereta Honda Accord yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan pada jam 6 petang. Pemandu kereta itu diarahkan memberhentikan kenderaan tetapi dia terus memecut laju. Polis berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Delima 1/1 Subang Hi-Tech di sini, katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu. Abd Khalid memberitahu, hasil pemeriksaan menemui satu dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan tiada nombor siri yang didaftarkan dan dua borang kosong permit pergerakan yang disyaki dicop oleh sebuah balai polis serta beberapa helai salinan borang tersebut.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.