Identiti wanita maut dalam kereta terbakar dikenal pasti sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Polis siasat pelaku conteng papan tanda
A
A
GOMBAK - Polis menyiasat kes conteng papan tanda dengan perkataan jelik terhadap kerajaan di Jalan Bandar Tasik Puteri Batu Arang di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian itu disedari seorang pegawai keselamatan trafik di sebuah syarikat lebuhraya pada jam 4 petang. Ketika berada di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang Selangor, lelaki berusia 52 tahun itu telah menerima pesanan WhatsApp dari rakan setugasnya memaklumkan berlaku vandalisme di papan tanda milik syarikat mereka, katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
Zainal Mohamed berkata, lelaki itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati papan tanda itu telah diconteng (vandalisme) dengan perkataan jelik terhadap kerajaan dan sedang ditularkan.