Edar dadah: Penjual daging terselamat hukuman gantung
A
GEORGETOWN - Seorang penjual daging di pasar awam pada Jumaat terselamat daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 59,708.4 gram tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sahul Hamid Mohd, 44, di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah itu. Setelah menilai kes pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh memiliki dadah yang dirampas dan kereta yang mengandungi dadah berkenaan, maka tidak timbul isu pengedaran dadah, katanya.
Vaksin: Warga emas di Pulau Pinang boleh walk in mulai Ogos
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Pengarah syarikat dijatuhi hukuman penjara 67 bulan tipu pelaburan
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.