926 penduduk di PKPD Apartmen Damai positif Covid-19
A
A
PETALING JAYA - Seramai 926 penduduk didapati positif Covid-19 menerusi saringan yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Apartmen Damai, PJS 8 di sini.
Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, jumlah jangkitan tersebut merupakan angka yang tertinggi pernah dicatatkan dalam kawasan lokaliti PKPD yang dikuatkuasakan di daerah Petaling.
“Keputusan saringan mendapati 926 atau 40 peratus daripada 2,323 orang yang menjalani calitan jenis reaksi rantai polimerase (PCR) adalah positif Covid-19.
“Untuk makluman, sejak Januari terdapat 303 kes positif (terkumpul) sedia ada di sini. Selepas PKPD maka jumlah keseluruhan ialah 1,229 kes,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar penamatan PKPD di sini lewat malam Ahad.
Lari sebelum PKPD punca angka jangkitan naik mendadak
A
A
PETALING JAYA - Kenaikan mendadak angka jangkitan Covid-19 di Damai Apartment, PJS 8 dipercayai berpunca daripada warga asing yang melarikan diri dari Mentari Court sebelum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini pada 1 Julai lalu.
Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, pangsapuri yang mempunyai tiga blok itu mencatatkan 236 jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua minggu terakhir dan lapan kematian mengikut rekod polis.
Menurutnya, susulan pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Damai Apartment yang mempunyai 742 unit rumah itu akan dikenakan PKPD selama 14 hari bermula jam 12 tengah malam tadi hingga 31 Julai depan.