KOTA BHARU - UMNO Kelantan berharap Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintergriti. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya juga merafak setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah memperkenan pelantikan berkenaan.
KUALA TERENGGANU - Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 diharap menamatkan segala spekulasi yang timbul selama ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau turut berharap pelantikan tampuk kepimpinan baharu itu dapat memberi fokus terhadap agenda menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat.
TEMERLOH - Rasa macam tak percaya anak kampung boleh jadi Perdana Menteri (PM). Itu reaksi abang Perdana Menteri, Abdul Manaf Yaakob, 81, selepas adik bongsunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ataupun mesra dengan panggilan Yee dilantik selaku Perdana Menteri yang kesembilan pada Sabtu. Menurutnya, ia umpama satu khabar gembira yang tidak terduga buat keluarganya.
Semua pihak perlu jalin pemuafakatan jitu harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.