SEREMBAN - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersedia untuk menggalas tugas baharu, sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu, melahirkan rasa syukur menerusi hantaran yang dibuat di laman sosialnya sekitar jam 1 tengahari.