comparemela.com

Latest Breaking News On - Office district fisheries nearby or - Page 1 : comparemela.com

Bangkai penyu ditemui dalam keadaan usus terkeluar

Bangkai penyu ditemui dalam keadaan usus terkeluar A A DUNGUN - Bangkai seekor penyu dengan anggota badan membengkak dan usus terkeluar di bahagian belakang badan ditemui penduduk di Pantai Kuala Abang di sini pada Sabtu. Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, penyu dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lalu. Beliau berkata, penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tersebut sekitar jam 9 pagi terserempak dengan bangkai haiwan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak jabatan. Penyu itu dipercayai mati kerana lemas akibat tersangkut pada pukat. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan akibat khianat seperti kesan jerutan tali atau kesan hentakan ditemukan di kepala penyu tersebut, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Office-district-fisheries-nearby-or
Directors-department-fisheries
Beached-estuary-red

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.