comparemela.com

Office District Caves News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Pusat Dakwah Islamiah Paroi dijadikan CAC

Pusat Dakwah Islamiah Paroi dijadikan CAC A A SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk menjadikan Pusat Dakwah Islamiah Paroi Negeri Sembilan (PDINS) sebagai Pusat Saringan Covid-19 (CAC) bagi daerah Seremban. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, CAC ini adalah tambahan kepada CAC yang sedia ada di Taman Tasik Jaya dan Stadium Tertutup Nilai. Menurutnya, pengurusan dan operasi CAC ini dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Daerah Seremban bermula 22 Julai lalu. Bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan, pelanggan PDINS dinasihatkan berurusan secara dalam talian jika ada urusan di Bahagian Dakwah, Undang-undang Keluarga atau Bahagian Penguatkuasaan PDINS sepanjang tempoh CAC tersebut beroperasi.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.