ISKANDAR PUTERI - Seorang penjawat awam antara 13 orang yang ditahan polis ketika sedang leka berparti di sebuah unit pangsapuri di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua individu berusia 17 hingga 27 tahun itu ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 4 pagi hasil maklumat dan risikan yang dilakukan.