comparemela.com

New Felda News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Tempoh 14 hari terlalu singkat

Tempoh 14 hari terlalu singkat A SHAH ALAM - Pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diminta agar menilai kembali tempoh 14 hari yang diberikan kepada peneroka untuk menyemak terma perjanjian dan penghapusan hutang mereka. Bekas Presiden Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak), Datuk Mazlan Aliman berkata, tempoh yang diberikan itu terlalu singkat untuk peneroka berbuat demikian dengan pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Tempoh 14 hari yang terlalu singkat, apatah lagi di waktu Covid-19, waris atau generasi baharu Felda berhadapan dengan kekangan rentas negeri atau daerah untuk berbincang dengan bapa atau adik-beradik. Justeru, saya merayu kepada pengurusan tertinggi Felda agar tempoh 14 hari yang diberikan hendaklah dilanjutkan kepada suatu tempoh yang lebih munasabah, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Transformasi Felda memakmurkan peneroka

Transformasi Felda memakmurkan peneroka LAJNAH Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal PAS Pusat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Peneroka Felda 2021 Peringkat Kebangsaan buat seluruh peneroka Felda di dalam negara. Didoakan agar masa depan seluruh peneroka akan terus terbela dan terpelihara serta beroleh kehidupan yang diberkati, diredai dan bertambah baik buat masa ini serta tahun-tahun mendatang. Bermula awal tahun lalu hingga ke hari ini, negara berdepan dengan situasi getir yang membabitkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang begitu mencengkam kehidupan rakyat termasuk juga dengan para peneroka Felda terutamanya dari sudut ekonomi. Namun pastinya kerajaan berusaha sedaya mampu membantu seluruh rakyat dengan pelbagai pakej pelan pemulihan ekonomi dan bantuan langsung seperti PENJANA dan PEMULIH yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.