comparemela.com

Latest Breaking News On - Netizens praise way winner learners child - Page 1 : comparemela.com

Luangkan Masa Beri Ceramah Setiap Kali Lepas Solat Maghrib, Netizen Puji Cara Johan Didik Anak

Lensa Insta Pasangan selebriti tanah air Johan dan Ozlynn kerap memuat naik video-video telatah berkenaan kebahagiaan rumah tangga mereka. Sebelum ini Ozlynn pernah memuat naik video Johan sedang bergurau senda bersama anak-anak mereka iaitu baby Moleiq dan kakak Chantiq. Terbaru, Ozlyn memuat naik video Johan sedang meluangkan masa bersama anak-anak di rumah sambil berbual, nasihat dan juga sesi luahan perasaan. Cara didikan Johan sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan penyayang menarik perhatian netizen. Terbaik bro! Rutin lepas maghrib Menerusi Instagram Ozlynn, dia berjaya merakam situasi suaminya memberikan ceramah buat anak-anaknya. Menurutnya, suaminya akan berbual, luah perasaan dan nasihat kesemua anaknya selepas solat maghrib. Pasti mereka akan mengalirkan air mata selepas selesai sesi itu. Namun, suaminya pandai membeli jiwa anaknya semula dengan mengajar mereka untuk bersiar-siar selepas sesi sedih itu.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.